BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 16 March 2015

perempuan.. dirimu terlalu istimewa..

bila disebut je perempuan, semua org akan takut dan gerun.. haha, sebab apa? sebab ramai yg menganggap perempuan ni complicated sangat2.. susah difahami, banyak kerenah dan mcm2 lagilah.. terutamanya kaum adam kan? yg ada aweks2 semua, msti fikir mcmtu.. hahaha

tapi sebenar-benarnya.. kaum hawa ni terlalu istimewa.. disebalik rajuk dia, ada manjanya.. disebalik kemarahannya, terselit kasih sayang.. di sebalik bebelannya, tersingkap rasa cinta yg tak belah bagi.. (wah ayat gramatis gitu, hahaha)

kerana wanita terlalu istimewa lah Allah mengangkat darjat mereka lebih tinggi daripada kaum adam.. kerana itulah turunnya perintah agar kaum hawa semua menutup aurat.. sebab apa? sebab wanita mempunyai ciri-ciri yg mmg takde langsung pada kaum adam.. betapa istimewanya kaun hawa ni..

ramai para suami yg menanggap isteri ni kdg-kdg mengada-ngada.. sikit2 minta dipujuk la, membebel la.. tapi takde yg cuma menyelami hati mereka.. bagi miss humaira, kaum hawa la yg paling mudah untuk dijaga.. sebab apa? sebab semuanya mempunyai sifat yg sama.. tak kira la mak kita ke, anak perempuan jiran sebelah ke, semuanya mempunyai sifat yg sama.. apa dia sifat tu??

1) bila dia merajuk.. tak fhm2 lagi ke.. dia minta dipujuk la tu.. bila kaum adam tak pujuk, lagi terasa la dia.. dia akan anggap seolah-olah kaum adam tu tak memahaminya.. jgn la anggap mereka ni gedik.. sesungguhnya Allah mencipta hati kaum hawa ni lembut dan mudah tersentuh..

2) bila dia marah.. jangan la naikkan lagi kemarahannya cik abg oi.. cuba la tenangkan dia.. terangkan elok2 kalau mmg ada salah faham.. ingat, api yg menyala jgn disiram dgn minyak..

3) bila dia sakitkan hati korang.. jgn sakitkan hati dia balik.. sesungguhnya perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.. sbb tu bila marah, dia tak fikir apa. maki hamun semua keluar.. mmg pada awalnya dia akan bersabar, tpi skali dah sampai tahapnya, boom!! amik kau.. dia akan ikut nafsu marah dia.. jadi kaum adam yg ada 9 akal 1 nafsu ni, bimbinglah kami kaum hawa.. dan jangan lah balas dgn kesakitan lgi..

4) bila dia nak luahkan atau cerita sesuatu.. buat satu benda ni.. DENGAR JERRR.. walaupun korang kaum adam menyampah gila nak dengar, buat2 dengar and buat2 suka dgn cerita kaum hawa tu.. trust me.. kalau korang buat mcm tak kisah apa dia cerita walaupun benda kecik, dia akan terasa sangat2.. dan mula la rajuk dia tu.. jadi... dengar lah and layan je.. lama2 dia sendiri akan tukar topik juga.. 

hehe,, itu lah sedikit sebanyak yg dpt miss humaira kongsi tentang cara melayan makhluk pelik bernama wanita ni.. semoga bermanfaat.. mmmuuaahh

0 comments: