BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 30 March 2015

menyesal!!!!!!

urghhhh!! kelas pagi semua cancel.. kalau miss humaira tau, dah lama miss humaira smbung tido balik pagi tdi.. dah la ngantuk gila.. huhuhu, begini la nasib student.. adoyai.. next class pun start pukul 3.. la ni baru pukui 11 suku baqhang.. apa cheq nak buat ni??!!

kalau la encik suami ada kat sini.. kan best sikit.. haha, rindu encik H.. dia pun tngh sibuk skrg ni.. ini la ujian nikah gantung kan? terpaksa berpisah.. semoga satu hari nnti kai bersatu kembali.. wah gitu.. hahaha

i miss my parents and family.. (konon.. padahal campus tak jauh dari rumah.. kikiki).. hello, walaupun tak jauh tetap rindu tau.. duduk hostel sorang2 ingat best ke? bosan tau..

well dah alang-alang bukak cerita pasal campus ni kan, meh la miss humaira cerita sikit psl kehidupan kat sini.. seronok jugak masuk U ni.. library dia syok, besar woi.. haha, selama miss humaira kat sini, asyik busy je.. mungkin sbb miss humaira terlalu menyerlah (perah santan, i know), jadi ramai yg selalu undi miss humaira untuk jadi wakil2 diaorg.. penuh whatssapp eden dgn group2 ni hah..

tpi seronok la.. ini la masa untuk kita tonjolkan diri kan? kalau tak sebelum ni kat sekolah miss humaira pendiam sikit.. hehehe

Tuesday, 17 March 2015

ingin saja ku berehat..

"dunia tempat ku berpenat, dan akhirat tempat ku berehat" ungkapan yg seharusnya jadi moto hidup kita manusia.. dunia ni penuh dengan permainan dan tipu muslihat sampai kita lalai daripada mengingati sang Pencipta..

sungguh ku penat.. penat sangat dengan permainan dunia sampai satu tahap, miss humaira rasa tak sabar nak berehat.. ya.. berehat di alam yg kekal.. tpi miss humaira sndiri sedar, bekal miss humaira pun tak seberapa untuk dibawa menghadap sang Pencipta..

hanya Allah yg tau setiap satu perasaan yg ada dalam hati kita.. termasuk miss humaira.. takde siapa pun yg faham apa yg kita rasa melainkan yang Maha Agung.. kadang2 kita sndiri tak tahan kan, nak tanggung sendiri.. tpi kita juga sedar.. kalau kita luahkan skali pun.. belum tentu makhluk ciptaan Allah mengerti.. hanya Pemegang Hati kita ni saja yg faham..

"rabbi yassir wala tu a'ssir"

Monday, 16 March 2015

perempuan.. dirimu terlalu istimewa..

bila disebut je perempuan, semua org akan takut dan gerun.. haha, sebab apa? sebab ramai yg menganggap perempuan ni complicated sangat2.. susah difahami, banyak kerenah dan mcm2 lagilah.. terutamanya kaum adam kan? yg ada aweks2 semua, msti fikir mcmtu.. hahaha

tapi sebenar-benarnya.. kaum hawa ni terlalu istimewa.. disebalik rajuk dia, ada manjanya.. disebalik kemarahannya, terselit kasih sayang.. di sebalik bebelannya, tersingkap rasa cinta yg tak belah bagi.. (wah ayat gramatis gitu, hahaha)

kerana wanita terlalu istimewa lah Allah mengangkat darjat mereka lebih tinggi daripada kaum adam.. kerana itulah turunnya perintah agar kaum hawa semua menutup aurat.. sebab apa? sebab wanita mempunyai ciri-ciri yg mmg takde langsung pada kaum adam.. betapa istimewanya kaun hawa ni..

ramai para suami yg menanggap isteri ni kdg-kdg mengada-ngada.. sikit2 minta dipujuk la, membebel la.. tapi takde yg cuma menyelami hati mereka.. bagi miss humaira, kaum hawa la yg paling mudah untuk dijaga.. sebab apa? sebab semuanya mempunyai sifat yg sama.. tak kira la mak kita ke, anak perempuan jiran sebelah ke, semuanya mempunyai sifat yg sama.. apa dia sifat tu??

1) bila dia merajuk.. tak fhm2 lagi ke.. dia minta dipujuk la tu.. bila kaum adam tak pujuk, lagi terasa la dia.. dia akan anggap seolah-olah kaum adam tu tak memahaminya.. jgn la anggap mereka ni gedik.. sesungguhnya Allah mencipta hati kaum hawa ni lembut dan mudah tersentuh..

2) bila dia marah.. jangan la naikkan lagi kemarahannya cik abg oi.. cuba la tenangkan dia.. terangkan elok2 kalau mmg ada salah faham.. ingat, api yg menyala jgn disiram dgn minyak..

3) bila dia sakitkan hati korang.. jgn sakitkan hati dia balik.. sesungguhnya perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.. sbb tu bila marah, dia tak fikir apa. maki hamun semua keluar.. mmg pada awalnya dia akan bersabar, tpi skali dah sampai tahapnya, boom!! amik kau.. dia akan ikut nafsu marah dia.. jadi kaum adam yg ada 9 akal 1 nafsu ni, bimbinglah kami kaum hawa.. dan jangan lah balas dgn kesakitan lgi..

4) bila dia nak luahkan atau cerita sesuatu.. buat satu benda ni.. DENGAR JERRR.. walaupun korang kaum adam menyampah gila nak dengar, buat2 dengar and buat2 suka dgn cerita kaum hawa tu.. trust me.. kalau korang buat mcm tak kisah apa dia cerita walaupun benda kecik, dia akan terasa sangat2.. dan mula la rajuk dia tu.. jadi... dengar lah and layan je.. lama2 dia sendiri akan tukar topik juga.. 

hehe,, itu lah sedikit sebanyak yg dpt miss humaira kongsi tentang cara melayan makhluk pelik bernama wanita ni.. semoga bermanfaat.. mmmuuaahh

hebatnya syaitan...

nama pun syaitan.. tujuannya hanya satu.. menyesatkan hambanya,, tambah lagi jika disemat dalam hatinya ingin berhijrah ke arah yg lebih baik.. itulah org-org yg ditarget syaitan untuk memesongkan niatnya..

miss humaira pernah dipesan oleh seorang sahabat.. kuatlah dalam menempuh kehidupan selepas berhijrah ini.. sesungguhnya akan datang ujian dan dugaan yg maha hebat.. ya.. sesungguhnya miss humaira dah pun laluinya skrg ni..

miss humaira diuji dgn benda yg paling miss humaira lemah sekali iaitu yg melibatkan hati dan perasaan.. yes!! sakit sangat bila kita disindir, ditomah oleh orang yg paling kita sayang.. sakit sangat tpi sedaya upaya kita sorok sbb kita taknak dia tau kan..

kita cuba sebaik mungkin dan sesabar mungkin untuk menenangkan dia.. tapi syaitan sesungguhnya tak pernah mengalah dalam membuat kita rasa kalah.. dan dgn rasa menyesalnya miss humaira katakan, kali ni.. syaitan menang.. ya.. syaitan menang dalam membuat miss humaira rasa kalah..

"sesungguhnya syaitan itu tahu titik kelemahan setiap manusia.. akan diselidiki setiap sudut tubuh dan urat anak adam itu sehingga dia jumpa titik kelemahannya.. dan apabila syaitan menjumpainya, akan disesatkan anak adam itu melalui titik kelemahannya itu.."

kata-kata habib ali zaenal abidin yang sentiasa miss humaira ingat.. betapa kuat dan hebatnya syaitan ni.. pesannya lagi.. pastikan kita tak benarkan syaitan menjumpai titik kelemahan kita, tutup segala pintu kelemahan kita agar syaitan gagal menyesatkan kita..

semoga miss humaira berjaya.. good luck jugak untuk semua.. ;)

dosaku bertambah lagi..

miss humaira ada terbaca.. org yg menyakiti hati org lain itu berdosa.. tpi org yg terasa hati itu lebih besar dosanya.. SEBAB APA??  sebab apabila seseorang itu membuat kita terasa, itu tandanya Allah sedang menguji kita.. Allah menghantar ujian buat kita..

apabila kita terasa, itu bermakna kita tak dpt terima ujian yg Allah berikan buat kita.. maka dosa kita lebih besar berbanding dgn dosa org yg menyakiti hati kita,,

hmmm, nampaknya dosa miss humaira besar sgt harini akibat terasa dgn sindiran serta tomahan dari seorang hamba Allah ni.. malangnya miss humaira juga manusia biasa yg tak lepas dari perasaan seperti ini..

istighfar istighfar dan terus istighfar.. cuma itu yg miss humaira mampu buat walaupun diiringi linangan air mata.. walaupun miss humaira cuba perbetulkan keadaan, tapi tetap juga salah smpi miss humaira buntu nak buat apa..

hanya Allah tempatku mengadu.. sebab Dia takkan menyakiti walaupun dia disakiti.. Allahuakhbar..

Sunday, 15 March 2015

what will happen??

terbayang-bayang miss humaira.. apalah yang akan miss humaira lalui bila masuk uni nanti kan.. will i get a new friend? enemy? or friendnemy? aduh, pusing gue mikirnya.. hahaha

pagi tdi sepupu miss humaira bgitau.. uni yg mis humaira akan masuk tu ramai pelajar2 yg agak liar, sombong semua.. buat miss humaira risau pulak.. tpi rasa tak sabar nak dpt musuh pun ada.. hahaha, maklum la, miss humaira nakkan cabaran.. apa2 yg terjadi pun, Allah sentiasa ada dgn kita kan..

semoga miss humaira dapat menepis semua dugaan dengan mudah apatah lgi dugaan yang berkaitan kaum adam.. doa2 la miss humaira dapat setia dgn suami miss humaira, mr H.. amin allahuma amin.. :)

menghitung hari.. :'(

yurp.. miss humaira tngh menghitung hari untuk masuk universiti.. 23 haribulan ni.. haih la cepatnya.. i wish i had more time to spend with my family and friends.. but life must go on right..

yg paling miss humaira risau, if i couldn't cope with the university life.. yelah, dgn kwn2 baru, suasana baru, with no one i know.. especially living in the hostel.. miss humaira berdoa sangat my roommate adalah org yg miss humaira boleh "kamceng".. hahaha

i'm taking foundation in biological and health science.. its translation, asasi dalam sains biologi dan kesihatan.. which will help for me to persue to degree in medicine.. yurp, that's it.. you guys are reading the blog of a future doctor.. hahaha, insyaallah..

since there's no one for me to share my stories with, miss humaira akan jadikan blog ni sebagai "IT DIARY" miss humaira.. gitu ko.. hahaha, but don't worry.. akan diselang-selikan juga dengan tazkirah serta dakwah-dakwah pendek..

miss humaira harap pembaca-pembaca semua tak bosan la ye membaca blog miss humaira yg tak seberapa ni.. (tu pun kalau ada yg baca, hahaha)

will write for u guys again later.. ciao