BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 21 April 2015

alhamdulillah..

alhamdulillah semuanya semakin baik skrg.. cuma satu je.. exam!!! hahaha, seramnya ya Allah, maklumlah frist time nak amik exam time uni ni kan.. format semua lain, seriau engko..

hehe, want thing miss humaira nak bgitau.. i'm in love!!! hahaha, gitu ko.. miss humaira dah tido balik dah dan sekarang miss humaira tngh bermimpi indah sgt dan miss humaira harap miss humaira takkan bangun daripada tidur ni sampai bila2..

miss humaira tak sanggup nak lalui mimpi ngeri tu lagi.. miss humaira tau semua yg berlaku ada hikmahnya.. dan alhamdulillah semua dugaan ni mendekatkan lagi miss humaira dgn Allah, syukur alhamdulillah..

satu pengajaran yg miss humaira nak semua ambil, kita kena ingat, setiap dugaan yang Allah berikan kepada kita pasti ada hikmah dan kemanisannya sendiri.. tidak kira samada dugaan itu berbentuk keburukan atau kebaikkan..

ingat!! apabila Allah menolak kita ke hujung gaung yang dalam dan curam, ada dua maksud.. samada Allah nak sambut kita bila kita jatuh, atau Allah nak ajar kita terbang.. ;) bersangka baik lah kepada Allah..

Sunday, 19 April 2015

pesanan si sampah

jangan lah jatuh cinta.. semua lelaki adalah dusta.. penipu.. tak kira la sealim mana pun dia, tok imam sekali pun.. semuanya penuh dusta..

antara ayat2 yang bakal digunakan, "saya janji takkan tinggalkan awak, saya tak game awak, awak orang pertama yang saya sayang, saya sayang awak sampai bila2, saya janji akan kahwin dengan awak satu hari nanti, saya janji takkan buat lagi, jangan nangis lagi saya ada kat sini dan saya takkan tinggalkan awak, saya sentiasa ada untuk awak" dan lain2 lagi..

kalau ada ayat2 diatas, tolonglah tau, dia cuma nak permainkan wanita.. diaorg tau wanita lemah.. jadi diaorg gunakan kelemahan tu untuk tindas dan aniaya perasaan wanita mcmni.. dan dengan bongkak, diaorg ckp diaorg boleh jwb diakhirat nnti.. Allahuakhbar..

percayalah.. kalau diaorg mulakan hubungan dgn ayat diatas, ia akan berakhir dgn "saya dah tak tahan.. please saya nak undur diri".. mcmni la pengakhirannya selepas wanita tu seluruh hati sayangkan lelaki tu..

lelaki cuma pegang satu prinsip.. kalau dia sayang, dia stay, kalau tak sayang dia akan pergi. bila dia pergi, kalau dia rindu, dia datang, lepas dah tak rindu tak sayang, dia akan pergi cari lain dgn alasan dia taknak fikir psl cinta.. itulah lelaki..

miss humaira tak percaya pada mulanya.. miss humaira cuba bersangka baik sbb miss humaira dapat pelindung yang terbaik sangat.. miss humaira terima segala kekurangannya.. namun, pengakhirannya sebiji mcm si sampah tadi.. semua lelaki berperangai sama dan tak layak dijadikan suami melainkan rasulullah s.a.w..

yang ikhlas, si sampah..

kisah menyayat hati si sampah manusia part 3

si buaya ni dtg balik.. rupanya misi dia belum lgi selesai.. dia tak puas hati sbb dia nampak si sampah ni mampu berdiri sndiri.. dia nak tngok si sampah ni jatuh kecundang, sampai tak boleh bangun dan mati terus..

si buaya datang dengan alasan masih sayang.. rindu.. sampai akhirnya sekali lagi si sampah buat kesalahan yang terbesar dalam hidupnya.. dia jatuh cinta sekali lagi dan kitaran misi si buaya berterusan.. si buaya tersenyum kemenangan.. si sampah mengena jeratnya..

si buaya membuat semuanya balik seperti dulu, ditaburnya janji manis, diberinya ayat2 penuh kasih sayang dusta sehingga si sampah jatuh tersungkur, tergolek, sujud kekaki si buaya.. si buaya tau kelemahan si sampah, dia gunakan kelemahan tu sampai si sampah ni berada dalam genggamannya..

15 april 2015.. tarikh keramat buat si sampah.. si buaya "game over" kan si sampah ni untuk kali terakhir setelah si sampah ditiupkan rasa bahagia, rasa sayang, dan rasa cinta.. setelah si buaya tau si sampah ni dah kelihatan gembira, stabil, bahagia, ditiupkan pula racun..

tanpa sempat si sampah buka puasa, tanpa amaran, tanpa minta maaf.. si sampah ditinggalkan buat selama-lamanya SEKALI LAGI.. nangis la si sampah ni tanpa sesiapa yg memujuknya,, nangis la si sampah ni tanpa orang yg peduli..

ingin ditanya kenapa diperlakukan seperti tu, si sampah tak kuat.. dia takut akan disakiti lagi.. lalu tertutup la pintu hati si sampah buat selama-lamanya.. namun jauh disudut hatinya, dia harap ini semua cuma mimpi ngeri.. setiap malam dia tidur sambil doa, bila dia bangun keesokannya, ada msj yg masuk dari si buaya mengatakan ini semua mimpi, namun hampa..

hmmmm, dan silapnya hanya satu.. jatuh cinta.. dia jatuh cinta dgn org yg salah.. org yg terlalu kejam, org yg takbur dgn mengatakan dia mampu jwb dgn Allah.. Allah itu maha besar.. si sampah skrg sedang cuba untuk bangun sikit demi sikit..

kisah menyayat hati si sampah manusia part 2

3 tahun berlalu.. pelbagai kisah suka duka yg dialami si sampah ni walaupun banyak kali disakiti.. tanpa dia sedari, org yg dia sayang tu tngh merancang climax permainan dia.. seseorang itu tngh tunggu untuk "game over" kan sampah tu tadi..

perlahan-lahan si seseorang tu buat si sampah ni kalah.. mula2 dia tinggalkan selama 3 bulan. dgn sebab, TERTEKAN.. ya, stress.. dgn alasan tu, si sampah dibiarkan terumbang ambing sorang2, selepas org yg dicintai ni singkirkan sorang2 dari hidup dia..

betapa kejamnya manusia ni.. pertama, dia singkirkan kwn2 si sampah sehingga si sampah ni tak punya sesiapa kecuali si buaya ni.. kedua, dia singkirkan masa si sampah ni sehingga si sampah ni cuma tau nak msj dgn dia je.. selepas si buaya ni puas, dia tinggalkan si sampah.. dgn alasan, tertekan..

SEBAB APA? sebab si buaya ni peduli apa.. dia still ada kwn2 dia, family dia.. yang penting misi dia selesai.. misi untuk pastikan si sampah ni sunyi tanpa kwn.. dan akhirnya itu yang terjadi.. dia tinggalkan si sampah ni sorang diri.. tanpa sesiapa, tanpa khabar berita selama 3 bulan.. dibuang mcmtu je..

si sampah ni bangun sendiri berbekalkan semangat yang dia ada.. walaupun dia dibuang mcm sampah, dia cuba recycle kan diri dia balik untuk teruskan hidup.. tapi apa jadi?

kisah menyayat hati si sampah manusia..

yurp.. hidup ni ibarat roda.. itu yg org selalu ckp.. kdg2 kita kat atas, and kdg2 kita kat bwh.. bila kat atas, kita tindas org yg dibawah kita sampai kita lupa, satu hari nnti akan tiba masanya kita ada di bawah pulak..

hidup ni pelik kdg2.. macam2 ragam manusia.. yang paling terbaru miss humaira jumpa, manusia yang buat orang lain tak ubah seperti barang buangan.. yurp, mcm sampah dalam erti kata lain.. bila nak, dia kutip, lepas dia guna, dah tak best, tak syok, dia buang manusia tu.. haish.. dunia2.

"sampah" tu tertanya-tanya, mana silap yg dia buat selama ni.. terlalu lama dia cari jawapan, kenapa dia dijadikan sampah manusia sampai tahap ni sekali.. selepas berapa lama fikir, baru la dia dapat jawapan dia..

salah dia hanya satu.. JATUH CINTA.. silap dia hanya la jatuh cinta, dan akhirnya, ini lah hukuman yang sampah tu dpt.. dibuang lebih teruk mcm sampah.. dan silap nya hanyalah jatuh cinta.. sampah ni terus menerus soal diri dia, tiga tahun yg lepas, dia jatuh cinta kat seseorang ni..

seseorang yang terlalu sempurna di matanya, walaupun banyak kekurangan yang dia ketahui.. seseorang yang begitu baik dimatanya walaupun dia tau segala keburukannya.. seseorang yang terlalu banyak menyakitinya tapi dia tetap sayang kan seseorang tu..

tanpa sedar, rupa2nya seseorang itu cuma nak lepaskan bosan kat sampah ni.. dia sunyi sbb ex dia pernah tinggalkan dia, jadi dia buat satu rancangan.. ya, rancangan untuk kenakan sampah ni.. mcm2 janji manis ditabur, mcm2 kata dilafaz, dia keluarkan air mata buayanya untuk hebatkan lagi lakonan dia..

sampai akhirnya si sampah ni jatuh.. jatuh hati sepenuhnya sampai dia jadi buta.. buta dan tak nampak yang seseorang ni tdi tngh main permainan dgn dia.. dalam erti kata lain, dia kena "game"

Saturday, 11 April 2015

hukuman atas kesalahan yang tak dibuat..

satu hari ni miss humaira duduk kat aeon big tu hah.. tak berhenti fikir, tak berhenti termenung.. apa salah miss humaira kepada dia.. apa yg miss humaira dah buat sampai miss humaira dihukum dan dipermainkan mcmni..

miss humaira tak pernah minta dilahirkan manja mcmni.. miss humaira tak pernah minta untuk jadi org yg sentiasa nakkan perhatian mcmni.. miss humaira cuba jugak berubah.. tapi langsung tak dihargai, malah SEKALI LAGI dibuang mcm sampah..

sejak awal lagi miss humaira dah bgitau si dia yang dia akan ulang benda yang sama.. hmmmm, tapi miss humaira yg bodoh sbb termakan dgn janji dia.. berjanji takkan ulangi, berjanji akan setia.. hmmmm, apa salah saya terhadap awak.. apa saya buat kat awak sampai awak buat saya mcmni untuk kali kedua..

jangan lah keraskan hati awak tu.. berhenti lah dengar bisikan syaitan.. sekurang-kurangnya terangkan lah mana silap saya.. jangan hukum saya dgn buat saya tertanya-tanya lagi mcm dulu.. hmmmm, jangan menyesal di kemudian hari hafiz.. sebab saya mungkin takkan ada lagi waktu tu.. saya tak mungkin bertahan lgi 3 bulan atau lebih..

saya bgi awak ruang untuk sendiri.. saya tau, saya sepatutnya minta jaminan daripada awak masa awak janji takkan tinggalkan saya dulu.. hmmm, tapi saya yang bodoh sangat3.. saya percayakan awak.. mana silap saya terhadap awak hafiz.. mana..

awak jawab lah dgn Allah diakhirat nanti.. saya maafkan awak.. tapi saya serahkan kepada Allah untuk adili awak.. saya tetap sayangkan awak..

miss humaira dah bangun..

i know it was just a dream.. miss humaira dah agak, selama ni miss humaira cuma dapat mimpi indah.. Allahurabbi.. mimpi yang membahagiakan sangat2.. Allah izinkan miss humaira rasa kebahagiaan tu walaupun sekejap.. terlalu sekejap..

sekarang Allah dah kejutkan miss humaira balik.. mimpi indah miss humaira dah berlalu.. miss humaira dah tak bermimpi lagi.. semua dah kembali semula mcm 3 bulan dulu.. mimpi ngeri miss humaira dah kembali..

ya Allah.. miss humaira harap sangat kejadian bulan 12 tu berulang semula.. aku mohon ya Allah.. tapi kali ni jangan hilangkan ingatan aku.. cabut terus nyawaku ya Allah, biar aku tak dipermainkan lagi mcmni.. miss humaira nak tidur terus.. biar miss humaira dapat terus mimpi indah.. :'(

Allahuakhbar, begitu cepat kau palingkan hati manusia.. pada zaman Rasulullah, bila maruah wanita islam dipermainkan, mereka sanggup berperang demi mempertahankan maruah diaorg.. dunia akhir zaman ni, orang islam sendiri yang mempermainkan maruah wanita.. kemudian wanita tersebut yang disalahkan.. hmmmm, kami hanya memerlukan pembimbing.. bukan untuk jadikan kami barang mainan, untuk diguna atau dibuang sesuka hati.. ya Allah..

Friday, 10 April 2015

jangan jadi 3 binatang..

dalam hadis rasulullah, rasulullah ada berpesan,, "jangan lah engkau menjadi 3 jenis binatang semasa solat, yakni unta, burung belatuk dan anjing"

penerangan di sebalik hadis ni.. jangan jadi unta masa solat.. maknanya bila bangun dari sujud, nak berdiri, jangan la kita mengangkat punggung kita smbil tgn masih di atas sejadah.. mcm unta bangun tu..

yg kedua, jgn jadi burung belatuk.. jgn cepat sgt solat sampai langsung takde tomakninah.. ingat, antara rukun solat, adalah tomakninah.. kalau tak, tak sah solat..

yg ketiga, jangan jadi seperti anjing.. maksudnya,, masa sujud tu lengan tangan angkat.. jangan diratakan ke sejadah mcm anjing tidur..

semoga dengan penerangan ni, kita dapat memperbaiki segala salah dan silap kita dalam solat insyaallah..

Monday, 6 April 2015

Nak, tapi..............

Tipu la kalau saya katakan yg Saya taknak teruskan.. Tipu la kalau saya katakan saya taknak msj awak.. Tapi apa saya mampu buat.. Saya Cuma boleh tunggu.. Tunggu Dan tunggu..

Saya tak boleh nak msj awak sbb saya takut akan bgi tekanan kat awak.. Saya takut nak msj awak sbb saya takut saya merimaskan awak.. Saya takut nak msj awak sbb saya taknak kita gaduh.. Saya takut nak msj awak sbb saya takut awak bosan dgn saya..

Yang paling utama.. Saya takut nak msj awak sbb saya takut saya lebih Susah lepaskan awak.. Hmmm, saya Kena ajar diri saya untuk jauh Dari awak walaupun benda tu menyeksakan sangat2.. Tapi apa Kuasa yg saya ada..

Saya tak dpt nak bersuara.. Sbb saya takut saya akan mengeruhkan lgi keadaan mcm sebelum ni.. Apa yg saya boleh buat Cuma tulis disini.. Dgn harapan dpt membuka hati awak.. Bukannya menambah tekanan awak..

Takde apa lgi yg dpt saya buat selain tunggu.. Tunggu.. Dan tunggu..

me? no.. you? yes...

awak sentiasa fikir yg saya terseksa dengan awak.. yg saya sakit dgn awak.. yg saya lebih teruk kalau dgn awak.. kalau awak buat keputusan hanya sebab awak rasa saya lebih sakit dgn awak, awak silap.. awak buat silap yg besar..

saya tak pernah terseksa dgn awak, saya tak pernah sakit dgn awak, saya malah bertambah baik dgn awak.. kalau mmg awak rasa saya terseksa dgn awak, saya TAKKAN KEMBALI PADA AWAK.. kalau mmg saya sakit dgn awak, saya takkan terima awak semula..

kenapa saya cakap awak yg terseksa dgn saya? :) saya dapat nampak sejak awak minta putus haritu.. kenapa?? sebab saya tau, awak lelaki yg sentiasa berfikiran rasional dan tidak mengikut emosi mcm saya.. dan awak JARANG minta putus.. bukan jarang, TAK PERNAH.. jadi bila awak minta mcmtu malam tu, saya semakin sedar.. sayalah sebenarnya yg seksa awak..

saya cuma nak ingatkan awak.. buatlah keputusan sebab diri awak.. tanya lah hati awak.. jgn buat keputusan sbb saya.. saya merayu.. keluarkan saya dari SEBAB2 keputusan awak.. fikirkan hati awak.. bukan hati saya..

pesanan akhir.. (tertinggal hehe)

awak.. mungkin bagi awak cinta tu senang untuk diberi dan dibuang.. tapi tak bgi saya.. hehe, awak org pertama dan insyaallah org terakhir dlm hidup saya.. saya sndiri tak tau nasib saya mcmna lepas ni, tapi saya akan tetap doakan awak selagi saya mampu..

perkara yg paling saya takutkan sejak mula terjalinnya hubungan kita, terjadi juga.. hehe, awak ingat saya pernah tnya awak dulu? "mcmna kalau lama2 awak jdi semakin bosan dgn saya sbb selalu msj je?" hehe, awak jawab.. "takkan punya insyaallah.. daripada tak msj langsung, nnti tersuka org lain".. hehe, saya masih ingat sampai skrg..

saya cuba didik hati saya supaya tak percaya dgn kata-kata awak, sbb saya tau, benda tu mesti terjadi.. tapi saya gagal, lama2 hati saya percaya dgn semua tu dan tambah lah harapan saya.. dan akibatnya, apa yg saya paling takutkan jdi kenyataan..

hehe, saya tak bermaksud nak tagih simpati awak melalui tulisan saya.. saya halalkan semuanya.. bukan salah awak.. tapi salah saya sbb bagi harapan kepada diri sndiri dan percaya kata2 awak sedangkan saya tau dari awal lagi, semua ni akan terjadi..

saya sentiasa perasan perubahan awak.. sejak kita berbaik, tak pernah sekali awak pujuk saya bila saya merajuk.. walaupun kdg2 silapnya dtg dari awak, akhirnya saya yg pujuk awak.. hehe, tapi saya tak salahkan awak.. saya faham.. ini adalah balasan saya.. sebab sebelum2 ni, saya yang buat awak mcmtu kan awak.. dan skrg saya dah laluinya..

hehe, ingatlah pesan saya semalam.. kita tak putus.. tapi saya lepaskan awak dari hati saya.. dah terlalu lama saya ikat awak sampai awak terseksa mcmni.. saya? hehe, tak.. saya tak pernah rasa terseksa pun dgn awak.. setiap kali awak sakitkan hati saya, saya sembuh bila fikirkan yg awak tetap ada untuk saya.. tapi saya lupa, benda tu takkan kekal selamanya..

awak yg terseksa dgn saya, dan saya akan akhiri seksaan awak.. saya tak minta putus dgn awak, tpi kalau awak anggap sbgi putus, saya terima.. saya takkan ikat dan kongkong awak.. awak bebas untuk tentukan hidup awak.. carilah cinta baru yang dapat buat awak gembira.. hehe, janji suami isteri tu saya masih ikat pada diri saya, tapi pada awak, saya lepaskan.. saya taknak kongkong awak lagi sayang..

mmmuuaahhh

pesanan buat mu..

assalamualaikum.. kalau awak baca nukilan ni.. saya nak awak tau yg saya takde niat sikit pun untuk sakitkan hati awak melalui penulisan ni.. saya tak berani untuk cakap semua ni secara terus terang sbb saya taknak buat awak tertekan dan gaduh lgi.. hanya ni saya mampu..

hehe, first of all, mungkin saya dah banyak kali ungkap benda ni, but thank u so2 much for coming into my life.. awak lah yg ajar saya erti kasih sayang, erti cinta.. its a wonderful feeling and thank u for giving me a chance to feel it..

saya tau selama 3 tahun ni terlalu banyak yg kita lalui bersama.. susah, senang, suka, duka, gaduh, gembira.. mcm2 untuk saya tulis kat sini.. tapi kita manusia biasa.. berapa lama kita dapat bertahan untuk buat benda yg sama berulang kali kan..

awak sentiasa ada pada masa susah senang saya.. saya mengaku.. tapi ya.. susah saya kali ni bukan susah yg biasa.. terlalu besar.. sampaikan saya pun susah sangat nak terima kenyataan ni.. apatah lgi awak.. saya faham.. tpi itu tak bermakna saya kena paksa awak lalui sekali kan awak.. kita kena kongsi rezeki dan senang kita, bukan masalah dan dugaan kita..

ya awak.. saya terasa sikit masa awak ckp yg saya annoying semalam.. maaf, saya tau saya mengaku saya ni mengada.. tapi yg buat saya terasa, sebab selama ni terlalu banyak awak perli, kutuk, gurau kasar, tpi tak pernah terlintas dalam fikiran saya yang semua tu annoying wak.. :) tapi takpe la.. saya maafkan walaupun mungkin bgi awak takde benda yg perlu awak minta maaf..

hehe, saya terasa juga bila awak rasa saya kongkong awak.. jujur saya katakan saya tak dpt cari apa yg saya kongkong awak.. saya sentiasa beri awak kebebasan untuk buat apa yg u nak, keluar dgn kwn2, family, jogging, berbasikal.. tak pernah saya halang..

tanpa awak sedar, awak sebenarnya lebih banyak mengongkong saya sebelum ni, tapi tak pernah terlintas pun bgi saya yg awak ni merimaskan atau pengongkong.. awak kdg2 tak bgi saya keluar dgn kwn2, berenang.. dulu, tak bgi saya msj lelaki.. kwn2 perempuan pun kdg2 awak tak dpt terima.. tpi tak pernah saya anggap sbgi mengongkong..

apatah lagi bosan.. :) saya tak pernah bosan dengan awak, walaupun msj setiap hari tanpa henti, walaupun sampai takde topik, tak pernah saya bosan dgn awak.. tapi kita manusia, semua berbeza.. saya tak salahkan awak sbb rasa mcmtu,. saya faham sangat.. :)

saya pun perlu belajar berdikari, tak mungkin selamanya saya kena bergantung kepada awak kan.. saya hargai semua yg awak buat untuk saya, saya takkan pernah lupakan segala baik budi awak.. maafkan segala kesilapan saya ye awak..

saya tunaikan permintaan awak.. kita kena kurangkan msj kan awak, biar nnti ada topik.. saya pun tak tau berapa lama dpt main msj lagi.. apa2 pun, saya akan update kat sini.. tak perlu la kita msj.. sekiranya saya berhenti update, saya harap awak faham sebabnya.. assalamualaikum dan salam sayang..

siapa yang menjaga kita..

miss humaira mengaku yg miss humaira lupa dan alpa.. mungkin miss humaira terlalu mengharapkan manusia yang menjaga miss humaira sampai miss humaira lupa tentang Allah yg sentiasa menjaga miss humaira tak kira masa..

manusia mudah bosan dgn kita.. contohnya apabila selalu msj, lama2 diaorg pun akan jdi bosan dgn kita.. tapi Allah? Dia tak pernah bosan berkomunikasi dgn kita malah Allah lebih menyukainya.. tapi kita yang terlalu lambat menyedari benda ni kan.. sesungguhnya kita manusia biasa..

disebabkan dosa2 miss humaira yg lepas, yg skrg, kerana lupakan Allah, sedikit demi sedikit Allah mula menarik nikmatNya dari miss humaira..

a)  yg pertama, org2 sekeliling miss humaira sehingga miss humaira berasa sunyi sangat..
b) yg kedua, Allah tarik rasa sayang org yg paling miss humaira sayang sehingga dia berasa bosan dgn miss humaira..
c) nikmat yg paling besar Allah mula ambil dari miss humaira iaitu nikmat penglihatan..

subhanaallah, allahuakhbar masyaallah.. besarnya kuasa Allah dalam sekelip mata Dia ambil semua yang paling miss humaira sayang.. miss humaira sedar, dalam keadaan yg mcmni, siapa je yg dpt terima kan.. sakit.. ye sakit sangat bila org yg paling miss humaira harapkan sikit demi sikit mula tolak miss humaira ketepi..

miss humaira faham, 3 tahun perhubungan, siapa je yg tak bosan kan lama2.. buat benda yg sama.. mungkin miss humaira ni manusia pelik bin ajaib ke? hehe, sbb selama ni sikit pun miss humaira tak pernah rasa bosan, menyampah, atau perkataan2 yg sewaktu dgnnya..

tapi betul la, kita kena sedar diri.. kalau ada kekasih atau kawan miss humaira yg nak jdi mcmni pun, belum tentu miss humaira akan tolong dia.. apatah lgi miss humaira ni.. takpe,, Allah sentiasa ada untuk kita kan..

sementara ada peluang ni, miss humaira kena belajar berdikari dan nikmati hidup universiti sementara masih berpeluang.. caiyok caiyok!!

cinta manusia hanya seketika, cinta Allah kekal selamanya..

kenapa ye miss humaira ckp mcmni? hehe, sbb ia adalah salah satu fakta dan ketetapan Allah yg tak dpt kita sangkalkan.. susah sangat untuk kita cari manusia yg dpt bersama kita dlm keadaan susah dan senang.. senang? yeah, mungkin.. tpi kala susah, ramai yg lari dan tak sanggup nak melaluinya dgn kita kan??

kalau mcmtu apa kena dgn cinta eh? hehe, contoh paling senang miss humaira boleh bagi adalah cinta antara lelaki dan perempuan.. bukan ingin merendah-rendahkan tapi sememangnya bila dikaitkan dgn cinta, wanita adalah makhluk yg paling lemah dan mudah tunduk kepada cinta..

sbb tu lebih ramai perempuan yg "tewas" dan kalah dalam peperangan cinta.. kalau lemah iman, itu yg sampai terjadinya mengandung anak luar nikah, pembuangan bayi  DAN paling ngeri!! bunuh diri kerana putus cinta..

lelaki jugak tak terlepas daripada perkara yg sama.. apa yg cuba miss humaira cuba conclude kan kat sini, adalah, jgn la terlalu mudah kalah dgn cinta.. miss humaira sndiri dah lalui dan miss humaira sndiri tau betapa sakitnya berharap.. nak kata miss humaira kuat iman, tak pun tpi alhamdulillah selama miss humaira diuji dgn cinta, walaupun hampir kalah jugak.. hehehe, takde la smpi tahap bunuh diri..

tapi jujur miss humaira katakan, jgn la kita terlalu berharap kepada cinta manusia, kerana tak semua cinta manusia itu benar.. tapi cinta Allah tu yg kekal abadi..

Thursday, 2 April 2015

serious ke main-main?

hah, mcmna kita nak tau samada pasangan kita tu serius dgn kita atau main2 je dgn kita? ni sedikit tips yg miss humaira nak bgitau..

kalau la sekiranya dia dari awal lagi suka main ayat manis, bgi kata2 pujian, nak ngorat semua tu, percayalah ckp miss humaira, dia cuma nak permainkan korang je.. kalau dgn korang dia buat mcmtu, tak mustahil dgn org lain dia buat jugak kan?

yg bgi janji manis, bgi harapan palsu, janji tak pernah tunaikan, hmm lagi lah tak payah.. reject terus je awal2 lgi.. mmg confirm tak pernah serious

kalau lah si dia tak pernah pedulikan perasaan korang, tak pernah nak amik tau, atau buat2 amik tau tpi sbnrnya tak hingin pun tau, percayalah ckp miss humaira, that person is not serious with you.. kalau dia btul2 serious, dia akan jaga perasaan kita, jaga kita sbgi bakal isteri..

dia membawa kita lebih dekat kepada Allah atau jauh daripada Allah? kalau dia bawa kita lebih dekat kepada yg Maha Besar, insyaallah, itulah bakal imam atau bakal makmum yg akan membawa kita ke syurga selepas kahwin insyaallah.. tapi kalau sebaliknya, tak pyh lah dik oi.. calon suami atau isteri yg mcmtu ke kita nak? tak kan..

terlalu banyak untuk miss humaira senaraikan sbnrnya, and skrg pulak otak tngh blank.. next time kalau ada banyak lagi ciri-ciri tu, miss humaira sambung k? haha, tata uolss

no one will accept you for who you are..

tajuk paling panjang setakat ni.. hahaha.. kenyataan yg menyakitkan tapi betul.. di dunia ni, takde sape yg di dunia ni yg dapat menerima kita seadanya.. tak kira la sebaik mana pun kita, mesti ada cacat celanya.. yg jahat apatah lgi kan?

tipu la kalau takde sape yg alami benda ni.. semua mesti ada.. kdg2 sampai kita terpaksa berlakon jdi bnda yg bukan diri kita.. senang cerita kita jdi "propa" semata-mata nak jaga hati atau jaga hubungan kita dgn seseorang.. terutamanya family kita...

bgi miss humaira, satu je solusinya.. ingat la balik kita hidup ni untuk siapa.. apa tujuan kita hidup. setiap kali korang hadapi sesuatu yg mcmni, cuba refresh balik.. kita hidup ni untuk orang, atau untuk Allah sebenarnya??

tapi kalau yg perangai teruk tu, suka mencarut ke cari gaduh semua, bila org tegur, jgn la pulak jwb "ni diri aku, Allah yg cipta aku mcmni". mmg nak kena penumbuk 5 beradik miss humaira la jawabnya.. INGAT!! yang baik tu datang dari Allah, yg buruk tu dtg dari kita sndiri..

akan sentiasa ada org yg menghakimi dan mengadili kita.. bahasa budak zaman skrg, akan selalu ada org yg JUDGE kita.. uolss, tak boleh belah.. hahaha

tpi ingatlah adik2 ye, siapakah hakim terbesar di seluruh alam semesta ni.. jadilah diri kita yang sebenar, yang baik la tau.. biar lah apa yg org nak katakan.. jgn takut kehilangan rakan2 kita, jgn takut kehilangan bf ke gf ke.. kalau mmg dia tinggalkan korang sbb perubahan korang kearah kebaikkan, percayalah.. diaorg bukan lah kwn sejati..

kwn atau teman sejati adalah yg menerima kita seadanya.. tanpa soal atau tanpa alasan malah dia menasihati kita kearah kebaikkan.. semoga kita semua dikurniakan sahabat dunia akhirat.. amin allahuma amin.. :)