ramai org yg menganggap dan mengambil ringan tentang solat selalu tanya.. “kenapa solat 5 waktu tu penting eh?” “apa faedahnya? apa gunanya?” “apa kita dapat??” “org lain tak solat tpi hidup diaorg ok je? saya yg solat ni pulak asyik kena musibah tak henti”
astaghfirullah.. kalau mmg ada antara anda yg terfikir mcmtu, bwk lah mengucap bnyk2 dik oi.. makcik-makcik, pakcik-pakcik semua.. sesungguhnya solat 5 waktu tu milik Allah.. kenapa saya kata ia milik Allah?? ok, meh saya bgi contoh dgn pendekatan yg paling mudah..
katakan kita amik seorang anak angkat lah kan.. kita jaga dia dari kecik, jaga makan minum, bagi didikan agama, tempat tinggal, pakaian semua.. tapi bila dah besar, dia langsung tak hormat kita, kurang ajar dgn kita, langsung takde adab dgn kita.. apa kita rasa setelah bertahun-tahun kita jaga dia, dia balas kat kita mcmtu? sakit hati tak? kecewa tak? sedih tak?
mcmtu jugak lah dgn Allah s.w.t.. Allah bgi kita nikmat mcm2 dari kita lahir sampailah skrg.. “tpi saya miskin.. saya langsung takde apa.. kalau Allah mmg jaga saya, msti saya dah kaya sekarang” nauzubillahiminzalik.. ini lah org kita.. kalau tak kaya je, kalau susah je, maknanye Allah tak bgi nikmat kat kita lah? mcmtu??
hello!! wake up!! nikmat yg terang-terang Allah bgi ni tak pernah sedar ke?? NIKMAT BERNAFAS.. dgn bernafas ni lah kita dapat cari rezeki untuk keluarga, dgn bernafas ni lah kita dapat menuntut ilmu.. dengan bernafas sahaja.. BERNAFAS.. masyaallah betapa pemurahnya Allah s.w.t..
tpi malangnya, disebabkan kita ni setiap hari dapat bernafas, kita lupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg sangat besar ni.. bayangkan lah berapa ramai org di dalam kubur yg berharap dapat menghirup udara Allah ni, berharap dapat hidp kembali untuk beribadah kepadaNya.. sedangkan kita yang hidup ni?? tak pernah2 nak bersyukur.. termasuklah miss humairah sndiri.. maklumlah, kita semua manusia biasa yg tak lepas daripada membuat silap..
sebab itulah solat tu penting sangat3.. itu sahaja lah cara kita nak bayar hutang kita kepada Allah yg terlalu banyak selama ni.. Allah dah bgi nikmat bernafas ni pun, nikmat hidup, nikmat islam.. apa salahnya kita balas dgn solat 5 waktu? tak susah pun.. Allah tak minta pun harta kita, tak minta pun ahli keluarga kita.. Allah cuma minta kita solat je.. bukan 100 waktu, bukan 50 waktu, 5 waktu je sayang2 ku.. hargai lah usaha Rasulullah s.a.w yg ulang-alik menghadap Allah untuk mintak kurangkan waktu solat kita dari 50 ke 5 waktu..
miss humairah harap dan doakan semoga kita semua dapat muhasabah diri dan istiqamah dalam semua perkara.. fikir2 lah balik, kenapa bnyk sangat musibah yg menimpa kita.. mungkin jugak itu kifarah untuk kita yg terlalu banyak dosa kepada Allah..
p/s: ingat.. apabila Allah sayangkan hambaNya, Dia hantarkan hadiah berupa “ujian” kepada hambaNya itu dgn tujuan ingin menghapuskan dosa kita seandainya kita bersabar.. Allah rindu nak dengar suara kita berdoa dan merayu kepadaNya.. so, jgn lah mengeluh bila meghadapi ujian dan musibah.. Allah nak hapuskan dosa tu.. ;)
Wednesday, 11 February 2015
kenapa solat tu penting??
Posted by Miss Humaira at 21:31 0 comments
nikah khitbah a.k.a nikah gantung
Haih.. Bosannya lahai.. Ni lah akibatnya terlebih rajin nak dtg meeting Awal penyudahnya ramai tak sampai lgi.. Tpi Takpe, anggaplah ni peluang untuk miss humaira huraikan Bab nikah khitbah ni yerk??
Sbnrnya, ramai ustaz dan ustazah berpendapat yg nikah khitbah ni mmg patut sangat2 dijadikan sbgi amalan org melayu Kita skrg.. Sebab apa?? Sbb benda ni dpt mengelakkan dripda terjadinya seks bebas dan kes2 buang anak ni..
Apa sebenarnya nikah khitbah ni? Hah meh sini miss humaira terangkan.. Nikah khitbah ni secara dasarnya Sama je mcm nikah biasa.. Rukun nikah semua Sama, mahar a.k.a Mas kahwin Kena ada.. Semua Sama, Takde yg lain pun..
CUMA!! Ia dipanggil nikah gantung sebab.. Selepas bernikah, pasangan ni tak tinggal sebumbung.. “Apa maksudnya miss humaira?”.. Senang cerita, masing2 Masih dibawah tanggungan Ibu bapa sendiri.. Suami tinggal dgn Mak ayah dia, si isteri pun tinggal dgn mak ayah dia sendiri.. Dalam erti Kata lain, suami tak perlu Bagi nafkah zahir ataupun batin..
“Dah tu apa gunanya nikah? Baik tak pyh nikah, couple je”.. Aip, Nanti dulu.. Tujuan benda ni adalah untuk menghalalkan perbuatan pasangan tu.. Maknanye, korang boleh keluar dating, pegang tgn, peluk2 ke, suka hati lah Sbb dah suami isteri.. Lgi dpt pahala adalah.. Takde lah buat dosa mcm pasangan yg couple.. Kalau dpt anak pun tak Salah Sbb anak tu hasil Dari perhubungan yg halal..
Nikah khitbah ni mmg sesuai untuk pasangan yg Masih belajar.. Yg still Takde pekerjaan tetap.. Dgn nikah khitbah, korang dah menghalalkan perbuatan korang Cuma tak wajib bgi nafkah zahir dan batin.. Bila dah ada pekerjaan tetap Nanti, semua dah cukup, Barulah duduk Skali.. Kan senang?
Tpi yg menjadi permasalahan dia skrg ni, Mak ayah nya tu.. Kita masyarakat melayu Slalu berfikiran sempit.. “Muda lagi nak kahwin, belajar dulu. Gatal Sgt ke nak kahwin, nak bgi anak Bini mkn apa!”.. Adoyai, sedangkan rasulullah sendiri galakkan cepat2 kahwin untuk elakkan penzinaan.. Tngok lah skrg ni bnyk kes2 buang Bayi.. Kalau kita amalkan nikah khitbah, takkan ada Bayi tak bersalah di buang mcmtu je..
Akhir Kata, tak perlu lah kita fikir apa org Kata, apa Nanti org fikir.. Biar je diaorg, yg penting kita tak buat dosa, kita lgi buat pahala.. Mak ayah pun, berfikiran terbuka la.. Takkan kita nak Biar anak2 bergelumang dgn dosa Kan Kan Kan??
Tepuk Dada tnya selera.. Eh tak, Tanya Iman.. Hihihi
Posted by Miss Humaira at 21:29 0 comments
couple.. yay or nay?
Hmmm, persoalan yg sentiasa ditnya budak2 muda zaman skrg.. Couple ni sbnrnya boleh ke tidak eh? Ada ke dalam Islam? Boleh ke couple kalau berniat untuk kahwin pada Masa depan??
Bagi miss humaira Kan.. Perasaan cinta tu tak Salah.. Kita pun manusia biasa, cinta tu mmg fitrah.. Allah yg hadirkan perasaan tu Sbb cinta tu milik Dia.. Sama jugak dgn perasaan rindu.. Kita takkan sedar bila dia hadirkan? Sbb Allah yg berkuasa untuk hadirkan perasaan tu..
TAPI!! Itu tak bermakna Kita dibolehkan untuk bercouple.. Mesti ada yg tertanya, apa maksud miss humaira ni sbnrnya?? Hah, mcmni.. Mempunyai perasaan cinta tu tak Salah, Sbb Itu fitrah., tpi couple tu yg Salah.. Sebab??
Antara sebabnya adalah, Allah sendiri telah berfirman yang bermaksud janganlah engkau mendekati zina.. Dan couple ni adalah Salah satu jalan yg membawa Kita mendekati zina.. Faham Kan? Sbb bila Kita couple, Mesti ada rasa nak dating selalu.. Lepas tu mula la syaitan hasut, pegang tgn la, itulah.. Dan lain2.. Nauzubillahiminzalik.. Dasyatnya permainan syaitan ni Kan??
“Dah tu mcmna nak buat kalau masing2 dah sayang? Ktaorg still muda, takkan nak kahwin kot?”.. Hah! Ini lah yg miss humaira nak bgitau Cara yg betul ni..
Andaikata mmg korang ni dah suka Sama suka, dah cinta mati sgt2, kahwin la sayang Oi., buat apa nak couple2 buat tambah dosa.. Baik terus buat pahala Kan? “Tapi ktaorg muda lgi.. Takkan nak bgi mkn pasir?” Susah Sgt, nikah khitbah.. Ataupun bak Kata org melayu, nikah gantung.. Nak tau lebih detail Psl nikah gantung ni, search la erk? Susah miss humaira nak cerita detail.. Kalau rajin Nanti miss humaira huraikan.. Hehehe
Tpi kalau ada yg rasa tak boleh nak proceed dgn nikah khitbah a.k.a nikah gantung ni.. Cara paling mudah adalah, duduk berjauhan.. Bukan couple jarak jauh eh? No no no.. Maksud miss humaira, jauhkan Diri Dari org yg Kita sayang tu dan simpan dia didalam doa Kita.. Kalau mmg dia jodoh Kita, insyaallah takkan kemana punya la.. Tpi andaikata tidak ada jodoh, yakinlah yg Allah dah sediakan org yg lebih baik untuk Kita.. ;);)
Kdg2 org tu mmg baik dan terbaik, tpi mungkin tidak cukup baik untuk hidup Kita.. Mungkin jugak org tu tak baik, tpi boleh Jadi dia yang terbaik untuk kita.. Simpanlah dia didalam doa, insyaallah takkan sia2.. Pesanan ikhlas dan sweet Dari miss humaira..
Posted by Miss Humaira at 21:28 0 comments
salah siapa sebenarnya ni?? confuse!!
hah! dah alang-alang terbaca satu berita ni.. miss humaira nak kongsi sesuatu.. kita sekarang ni kan, banyak sgt kita baca kes2 rogol yg terjadi pada para wanita dan anak2 gadis kita sekarang..
persoalannya skrg ni, kita nak salahkan lelaki ke perempuan dalam hal ni? lelaki yg merogol tu salah, ataupun wanita tu sendiri?? mak ai, peningnya kan? tapi sebenarnya, bagi kita yang beragama islam, jawapannya dah jelas didepan mata.. nak tau apakah ia??
kalau bab2 rogol ni, ada yg salahkan kaum adam sbb bernafsu binatang katanya.. ada yang salahkan kaum hawa sbb tak reti jaga maruah diri.. SEBENAR-BENARNYA…….. kalau kita ikut garis panduan islam, takkan terjadinya benda ni..
well, mcm yg kita tau islam ni agama yg sangat istimewa kan? dalam Al-quran, hadis semua dah bgi kita garis panduan untuk kita patuhi.. kalau kita ikut, rasanya takkan ada kes2 rogol semua ni.. bagi yg tak tau garis panduan ni, meh la miss humaira huraikan sikit ye..
bagi kaum adam, Rasulullah s.a.w sendiri cakap, seandainya terlihat, ternampak, terpandang atau apa2 nama yg sewaktu dgnnya, tundukkanlah pandangan kamu wahai kaum adam oi!! HAH!! dah terang2 Rasulullah ckp tu.. tapi zaman skrg ni, susah sngt nak jumpa lelaki yg bila Nampak wanita bukan mahramnya, dia tunduk pandangan.. susah gila woi.. bayangkan kalau semua kaum adam menundukkan pandangannya, takkan ada kes2 sebegini kan?
opsss, but wait!! jgn ingat miss humaira ni sokong kaum kawa ni pulak eh? no no no no.. bagi miss humaira, kaum hawa pun ada menyumbang kepada kes ni.. (wah dah mcm karangan bahasa melayu pulokk.. hehe). sebab apakah?? hah!!
sebab yang paling ketara adalah, sbb tak tutup aurat lah.. ish3, jawapan senang pun susah nak pikiaq.. tu dia, keluaq utara cheq.. hehe.. Rasulullah dah bagi garis panduan dah kepada kaum hawa, tinggal ikut je.. tak susah pun kan? labuhkan tudung di bawah paras dada, pakai pakaian longgar, jangan pakai pakaian yg jarang. tak susah pun kan?
tpi yg miss humaira Nampak kebanyakan wanita skrg ni, bukan tutup aurat, tapi BALUT aurat sampai Nampak bentuk badan tu.. astaghfirullah.. mana lah kaum adam ni tak “tertarik” kepada kaum hawa mcmni yg sampai boleh mendorong kepada kes rogol kan? semua org ada nafsu..
dan kadang2, disebabkan golongan yg tak menutup aurat dgn sempurna ni lah yang menyebabkan golongan lain yg tak bersalah jadi mangsa.. tak kesian ke kat mereka2 ni semua? :(
kesimpulannya kat sini, jom lah kita sama2 ikut garis panduan yg islam dah tetapkan untuk kita, islam tu kan indah? :D insyaallah kalau kita ikut garis panduan ni, kita dapat elakkan dari terjadinya benda2 tak elok ni..
Posted by Miss Humaira at 21:27 0 comments
bidadari syurga
Cerita pasal bidadari syurga ni Kan, miss humaira teringat 1 story ni tau.. And miss humaira sure Sgt kaum Adam semua Mesti suka cerita ni.. Hehehe, jadikan lah sebagai semangat ye wahai kaum Adam..
Ok, once upon a time.. Wah, mcm cerita org Putih pulak.. Hahaha
Ok2, back to being serious.. Pada zaman Rasulullah s.a.w dulu, Rasulullah bercerita kepada para sahabat Dan semua askar2 perang.. Miss humaira tak ingat pulak Masa tu perang apa, maaf ye..
Ok, sambung cerita.. Pastu Nabi Muhammad s.a.w bgitau kepada mereka semua, barangsiapa yg meninggal dunia waktu kaki mereka melangkah ke Medan perang, Allah s.w.t akan memberikan mereka bidadari yg bernama Ainul Mardhiah.. Ainul Mardhiah ni kalau korang nak tau, mashaallah cantiknya Allah je yg tau.. Bak Kata budak2 zaman skrg, cantik gila la..
Waktu Rasulullah cerita pasal bidadari ni, ada Sorang pemuda ni tertarik dgn cerita Rasulullah.. Dia nak bertanya kpda baginda, mcmna cantiknya bidadari tu.. Tpi dia segan.. Bak Kata org, malu2 alah.. Nak tnya para sahabat pun dia malu.. At lastnya dia simpan sahaja la keinginan dia tu.. Lepas tu, mereka semua tidur dimasjid sementara menunggu masuknya waktu zohor.. Mmg dah Jadi kebiasaan Rasulullah untuk tido sekejap sementara masuk waktu zohor..
Yg pemuda tdi ni pun Tido Skali dgn yg lain.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui.. Dengan izin Allah, pemuda ni pun bermimpi.. Dia mimpi dia Kat satu tempat yg Sgt indah Dan cantik.. Dia ternampak Sorang lelaki, dia tnya Kat lelaki tu, “saya dimana ni?”.. Lelaki tu pun jwb, “awak ada di syurga skrg ni”.. Bila pemuda ni dgr, terus dia rasa Teruja.. Inilah Masa untuk dia berjumpa dgn ainul mardhiah yg rasulullah cerita tu.. Dia pun tnya Kat lelaki tdi dimana dia boleh jumpa ainul mardhiah..
Lelaki tu pun jwb, “kalau mmg awak ingin berjumpa dgnnya, awak pergilah di Bwh pokok Sana.”
Pemuda tdi pun Pergi lah bwh pokok yg ditunjukkan.. Dibawah pokok tu, dia nampak Sorang perempuan yg muka bercahaya, cantik sgt2, kalah artis2 Korea semua.. Terlalu jelita wajah perempuan tu.. Pemuda ni pun bertanya, “awak ke ainul mardhiah?”. “Oh tidak, saya Cuma dayangnya.. Kalau awak nak jumpa dia, dia ada dekat singgah sananya didalam” jwb perempuan tu..
Pemuda ni pun Pergi naik ke dalam mahligai tu and Pergi ke singgahsana.. Dia terpegun tngok singgahsana yg dihiasi dgn intan permata.. Singgahsana tu pun dipenuhi berlian and mcm2 perhiasan la.. Then ada Sorang perempuan duduk diatas singgahsana tu.. Kecantikan dia jauh lebih cantik Dari perempuan yg bwk pokok tdi.. Beribu Kali ganda lgi cantik.. Pemuda tu bertanya ” awak ke ainul mardhiah?” Perempuan tu ckp la “bukan.. Kalau awak nak jumpa dia, dia ada di dalam kamar tidurnya”.
Pemuda ni pun Pergi lah kedalam kamar tidur yg ditunjuk, ada Sorang perempuan yg cantik dia, subhanallah, lebih cantik Dari perempuan pertama, Dan beribu Kali lagi cantik Dari perempuan kedua.. Bayangkan lah betapa cantiknya.. Pemuda ni pun tnya bnda yg Sama Dan perempuan tu jwb, “ya.. Saya lah ainul mardhiah.” Pemuda ni pun dekati perempuan ni, Yelah dah cantik Sgt, Mesti lah nak dekat Kan? Pastu perempuan ni ckp “awak tak boleh dekat.. Saya mmg ditakdirkan untuk awak Dan awak mmg ditakdirkan untuk saya.. Tapi Kita belum boleh bersatu Sbb awak belum mati lgi. Berjuanglah ke jalan Allah Dan Kita akan bersatu”
Tiba2 pemuda ni terbangun lalu dia ceritakan Kat para sahabat tentang mimpi dia.. Para sahabat ckp, Jgn cerita dulu Kat Rasulullah, kau dah meninggal Nanti Baru cerita.. Pemuda ni pelik la, tpi dia ikut je la.. Bila tiba Masa untuk berperang, pemuda ni pun syahid.. Lalu para sahabat pun ceritakan mimpi pemuda tersebut kepada Rasulullah Dan baginda berkata ” sesungguhnya mimpi pemuda Itu benar Dan bidadari bernama ainul mardhiah Itu senang menantinya di dalam mahligai di syurga”
Masyaallah Bestnye Kan?? Tak terbayang betapa cantiknya bidadari tersebut.. Jadi kaum Adam, jadikan lah cerita ni sbgi semangat untuk berjihad Dan bgi kaum hawa, Jgn sedih pulak..
Kalau sekiranya Kita kaum hawa ditakdirkan masuk syurga, Kita akan Jadi KETUA bidadari syurga.. Bayangkan, lebih cantik Dari ainul mardhiah.. Subhanallah..
Posted by Miss Humaira at 21:25 0 comments
beruntungnya jadi perempuan ni!!
Hadis riwayat Muslim yg paling miss humaira suka.. “Dunia Ini adalah dipenuhi dgn pelbagai perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.. Mashaallah, teringin nya!! Haha, siapa lah yg tak teringin Jadi bidadari syurga Kan? Semua org nak..
Its just that, setakat ni miss humaira nampak mcm tak ramai yg berusaha untuk mengecapi bnda tu.. Based on one fact that I’ve read, Hanya lebih kurang 40% org di Malaysia yg tunaikan solat 5 waktu Tanpa tertinggal 1 waktu pun.. (Faham tak? Kalau tak fhm, fahamkan jugak, Hehe). Can u imagine? Nauzubillahiminzalik..
Perempuan lah yg paling senang masuk syurga wahai adik2 Dan kakak2 sekalian.. Dgn melakukan 4 perkara je, senang2 boleh masuk syurga..
1) solat 5 waktu
2) Puasa di bulan ramadhan
3) menjaga kehormatan diri
4) taat kepada suami
Hah! Dgn buat 4 bnda ni sahaja, Allah bgi Kita pilih nak masuk syurga Dari mana2 pintu yg Kita nak.. Wow! Beruntungnya Jadi perempuan Kan? Cuma yg no 4 tu, bgi yg tak berkahwin lgi (Kita geng!) Cepat2 la kahwin eh? Pahala free banyak tau Kita dpt.. ;);)
Semoga Kita tergolong dalam kalangan wanita yg solehah.. Amin allahuma amin..
Posted by Miss Humaira at 21:24 0 comments
why miss humaira?
This page is created with one intention and one intention only.. to open the readers heart to see islam in a beautiful way.. kenapa nama humairah dipilih? well, because I have fall in love with saidatina Aisyah r.a yang diberi gelaran humairah yang bermaksud putih kemerah merahan..
miss humairah jatuh cinta sangat dengan keperibadian dan kisah hidup saidatina aisyah.. I really fall in love with her dan miss humaira berharap sgt dpt mencontohi keperibadian saidatina Aisyah r.a. amin allahuma amin..
Posted by Miss Humaira at 21:22 0 comments
who am i??
hmmm, mungkin ada yg tertanya-Tanya kan.. siapa lah miss humaira ni.. haha, sorry guys. its a secret.. i’m not writing all this to seek popularity.. my only intention adalah untuk beri dakwah kepada semua pembaca.. i’m just trying my luck.. sape tau, “karangan” miss humaira ni dapat menyentuh hati pembaca kan??
another reason why miss humaira tulis ni, sebab miss humaira sunyi.. huhuhu :'( yelah, miss humaira ni kalau nak tau, memang takde kawan langsung uolsss.. hehe, but I don’t mind.. insyaallah satu hari nanti miss humaira akan dpt berjumpa dgn sahabat dunia akhirat.. amin allahuma amin.. doa2 kan la ye? hehe
Posted by Miss Humaira at 21:22 0 comments