fuhh fuhhh.. *tiup debu yang dah 10 inci
mak oi, dah berkurun tak tulis blog wei!! hahahaha sungguh aq rindu.. (acah sedih jap) btw, updates updates updates!! i'm almost done with my first year in med school yaw!!! hah, sekejap je masa kan? padahal rasa mcm baru semalam habis asasi..
miss humaira dah habis first sem untuk year 1 ni (habis je, belum tentu pass lagi.. result final haritu tak keluar lagi, huhuhu). sekarang tengah sem 2 for this first year.. tpi result tak keluar lagi.. seram bak hang!!
owh ye, news flash, i'm now a senior!! well, senior 1 sem aje la.. hahaha, the october intake has just started and guest what?? me being me (which is yang gila2, terlebih peramah sampai minta kaki) i surprisingly made a whole lots of friends. thanks to kawan miss humaira jugak la, Batrisyia.. dia intake october, so miss humaira pun tumpang glam, kenal2 la jugak dgn kwn2 batch dia. bijak tak saya? (bagi penampar sulung kat diri sendiri) hahaha
Friday, 14 October 2016
i'm back!!!
Posted by Miss Humaira at 22:58 0 comments
Tuesday, 9 June 2015
heartbroken.. :'(((
hola and assalamualaikum everyone,, its been awhile since my last post kan? miss humaira skrg tngh cuti sem.. hmmm, dah nak habis dah pun.. by next week miss humaira dah start sem baru with 7 new subject.. boleh tahan berat jugak subject2 next sem... apa boleh buat, nama pun bidang perubatan, ini lah cabarannya kan..
hmmm, speaking of challenges, i just get a bad news or in other words, i found a bad news.. cita-cita miss humaira nampaknya tergendala.. susah nak ckp tpi.. haish,, terlalu kecewa untuk diluahkan.. apa yg miss humaira impikan mungkin takkan dpt.. frust sangat-sangat.. hopefully ada jalan keluar disebalik masalah ni.. it's been my dream.. dan miss humaira akan tetap berusaha untuk capai impian miss humaira tu.. wish me luck guys..
Posted by Miss Humaira at 05:18 0 comments
Tuesday, 21 April 2015
alhamdulillah..
alhamdulillah semuanya semakin baik skrg.. cuma satu je.. exam!!! hahaha, seramnya ya Allah, maklumlah frist time nak amik exam time uni ni kan.. format semua lain, seriau engko..
hehe, want thing miss humaira nak bgitau.. i'm in love!!! hahaha, gitu ko.. miss humaira dah tido balik dah dan sekarang miss humaira tngh bermimpi indah sgt dan miss humaira harap miss humaira takkan bangun daripada tidur ni sampai bila2..
miss humaira tak sanggup nak lalui mimpi ngeri tu lagi.. miss humaira tau semua yg berlaku ada hikmahnya.. dan alhamdulillah semua dugaan ni mendekatkan lagi miss humaira dgn Allah, syukur alhamdulillah..
satu pengajaran yg miss humaira nak semua ambil, kita kena ingat, setiap dugaan yang Allah berikan kepada kita pasti ada hikmah dan kemanisannya sendiri.. tidak kira samada dugaan itu berbentuk keburukan atau kebaikkan..
ingat!! apabila Allah menolak kita ke hujung gaung yang dalam dan curam, ada dua maksud.. samada Allah nak sambut kita bila kita jatuh, atau Allah nak ajar kita terbang.. ;) bersangka baik lah kepada Allah..
Posted by Miss Humaira at 06:25 0 comments
Sunday, 19 April 2015
pesanan si sampah
jangan lah jatuh cinta.. semua lelaki adalah dusta.. penipu.. tak kira la sealim mana pun dia, tok imam sekali pun.. semuanya penuh dusta..
antara ayat2 yang bakal digunakan, "saya janji takkan tinggalkan awak, saya tak game awak, awak orang pertama yang saya sayang, saya sayang awak sampai bila2, saya janji akan kahwin dengan awak satu hari nanti, saya janji takkan buat lagi, jangan nangis lagi saya ada kat sini dan saya takkan tinggalkan awak, saya sentiasa ada untuk awak" dan lain2 lagi..
kalau ada ayat2 diatas, tolonglah tau, dia cuma nak permainkan wanita.. diaorg tau wanita lemah.. jadi diaorg gunakan kelemahan tu untuk tindas dan aniaya perasaan wanita mcmni.. dan dengan bongkak, diaorg ckp diaorg boleh jwb diakhirat nnti.. Allahuakhbar..
percayalah.. kalau diaorg mulakan hubungan dgn ayat diatas, ia akan berakhir dgn "saya dah tak tahan.. please saya nak undur diri".. mcmni la pengakhirannya selepas wanita tu seluruh hati sayangkan lelaki tu..
lelaki cuma pegang satu prinsip.. kalau dia sayang, dia stay, kalau tak sayang dia akan pergi. bila dia pergi, kalau dia rindu, dia datang, lepas dah tak rindu tak sayang, dia akan pergi cari lain dgn alasan dia taknak fikir psl cinta.. itulah lelaki..
miss humaira tak percaya pada mulanya.. miss humaira cuba bersangka baik sbb miss humaira dapat pelindung yang terbaik sangat.. miss humaira terima segala kekurangannya.. namun, pengakhirannya sebiji mcm si sampah tadi.. semua lelaki berperangai sama dan tak layak dijadikan suami melainkan rasulullah s.a.w..
yang ikhlas, si sampah..
Posted by Miss Humaira at 07:11 0 comments
kisah menyayat hati si sampah manusia part 3
si buaya ni dtg balik.. rupanya misi dia belum lgi selesai.. dia tak puas hati sbb dia nampak si sampah ni mampu berdiri sndiri.. dia nak tngok si sampah ni jatuh kecundang, sampai tak boleh bangun dan mati terus..
si buaya datang dengan alasan masih sayang.. rindu.. sampai akhirnya sekali lagi si sampah buat kesalahan yang terbesar dalam hidupnya.. dia jatuh cinta sekali lagi dan kitaran misi si buaya berterusan.. si buaya tersenyum kemenangan.. si sampah mengena jeratnya..
si buaya membuat semuanya balik seperti dulu, ditaburnya janji manis, diberinya ayat2 penuh kasih sayang dusta sehingga si sampah jatuh tersungkur, tergolek, sujud kekaki si buaya.. si buaya tau kelemahan si sampah, dia gunakan kelemahan tu sampai si sampah ni berada dalam genggamannya..
15 april 2015.. tarikh keramat buat si sampah.. si buaya "game over" kan si sampah ni untuk kali terakhir setelah si sampah ditiupkan rasa bahagia, rasa sayang, dan rasa cinta.. setelah si buaya tau si sampah ni dah kelihatan gembira, stabil, bahagia, ditiupkan pula racun..
tanpa sempat si sampah buka puasa, tanpa amaran, tanpa minta maaf.. si sampah ditinggalkan buat selama-lamanya SEKALI LAGI.. nangis la si sampah ni tanpa sesiapa yg memujuknya,, nangis la si sampah ni tanpa orang yg peduli..
ingin ditanya kenapa diperlakukan seperti tu, si sampah tak kuat.. dia takut akan disakiti lagi.. lalu tertutup la pintu hati si sampah buat selama-lamanya.. namun jauh disudut hatinya, dia harap ini semua cuma mimpi ngeri.. setiap malam dia tidur sambil doa, bila dia bangun keesokannya, ada msj yg masuk dari si buaya mengatakan ini semua mimpi, namun hampa..
hmmmm, dan silapnya hanya satu.. jatuh cinta.. dia jatuh cinta dgn org yg salah.. org yg terlalu kejam, org yg takbur dgn mengatakan dia mampu jwb dgn Allah.. Allah itu maha besar.. si sampah skrg sedang cuba untuk bangun sikit demi sikit..
Posted by Miss Humaira at 07:04 0 comments
kisah menyayat hati si sampah manusia part 2
3 tahun berlalu.. pelbagai kisah suka duka yg dialami si sampah ni walaupun banyak kali disakiti.. tanpa dia sedari, org yg dia sayang tu tngh merancang climax permainan dia.. seseorang itu tngh tunggu untuk "game over" kan sampah tu tadi..
perlahan-lahan si seseorang tu buat si sampah ni kalah.. mula2 dia tinggalkan selama 3 bulan. dgn sebab, TERTEKAN.. ya, stress.. dgn alasan tu, si sampah dibiarkan terumbang ambing sorang2, selepas org yg dicintai ni singkirkan sorang2 dari hidup dia..
betapa kejamnya manusia ni.. pertama, dia singkirkan kwn2 si sampah sehingga si sampah ni tak punya sesiapa kecuali si buaya ni.. kedua, dia singkirkan masa si sampah ni sehingga si sampah ni cuma tau nak msj dgn dia je.. selepas si buaya ni puas, dia tinggalkan si sampah.. dgn alasan, tertekan..
SEBAB APA? sebab si buaya ni peduli apa.. dia still ada kwn2 dia, family dia.. yang penting misi dia selesai.. misi untuk pastikan si sampah ni sunyi tanpa kwn.. dan akhirnya itu yang terjadi.. dia tinggalkan si sampah ni sorang diri.. tanpa sesiapa, tanpa khabar berita selama 3 bulan.. dibuang mcmtu je..
si sampah ni bangun sendiri berbekalkan semangat yang dia ada.. walaupun dia dibuang mcm sampah, dia cuba recycle kan diri dia balik untuk teruskan hidup.. tapi apa jadi?
Posted by Miss Humaira at 06:49 0 comments
kisah menyayat hati si sampah manusia..
yurp.. hidup ni ibarat roda.. itu yg org selalu ckp.. kdg2 kita kat atas, and kdg2 kita kat bwh.. bila kat atas, kita tindas org yg dibawah kita sampai kita lupa, satu hari nnti akan tiba masanya kita ada di bawah pulak..
hidup ni pelik kdg2.. macam2 ragam manusia.. yang paling terbaru miss humaira jumpa, manusia yang buat orang lain tak ubah seperti barang buangan.. yurp, mcm sampah dalam erti kata lain.. bila nak, dia kutip, lepas dia guna, dah tak best, tak syok, dia buang manusia tu.. haish.. dunia2.
"sampah" tu tertanya-tanya, mana silap yg dia buat selama ni.. terlalu lama dia cari jawapan, kenapa dia dijadikan sampah manusia sampai tahap ni sekali.. selepas berapa lama fikir, baru la dia dapat jawapan dia..
salah dia hanya satu.. JATUH CINTA.. silap dia hanya la jatuh cinta, dan akhirnya, ini lah hukuman yang sampah tu dpt.. dibuang lebih teruk mcm sampah.. dan silap nya hanyalah jatuh cinta.. sampah ni terus menerus soal diri dia, tiga tahun yg lepas, dia jatuh cinta kat seseorang ni..
seseorang yang terlalu sempurna di matanya, walaupun banyak kekurangan yang dia ketahui.. seseorang yang begitu baik dimatanya walaupun dia tau segala keburukannya.. seseorang yang terlalu banyak menyakitinya tapi dia tetap sayang kan seseorang tu..
tanpa sedar, rupa2nya seseorang itu cuma nak lepaskan bosan kat sampah ni.. dia sunyi sbb ex dia pernah tinggalkan dia, jadi dia buat satu rancangan.. ya, rancangan untuk kenakan sampah ni.. mcm2 janji manis ditabur, mcm2 kata dilafaz, dia keluarkan air mata buayanya untuk hebatkan lagi lakonan dia..
sampai akhirnya si sampah ni jatuh.. jatuh hati sepenuhnya sampai dia jadi buta.. buta dan tak nampak yang seseorang ni tdi tngh main permainan dgn dia.. dalam erti kata lain, dia kena "game"
Posted by Miss Humaira at 06:41 0 comments